Saturday, 7 September 2024

Kenangan

Kau dan aku,kita tidak pernah bersama.
Kau dan aku,kita bawa dua haluan berbeza.
Kau dan aku,punya cara dan cita-cita.
Kau dan aku,antara kita hanya ada kenangan.

Tapi kini,hanya aku sahaja yang mengingati kenangan itu.
Kerana kenangan antara kita tidak mudah untuk aku lupakan.

Kini tiada lagi dirimu,hanya kenangan yg menggamit memori ini.
Kini tiada lagi gelak tawa dari mu,tiada lagi jelingan manja senyum manis dari mu.
Yang tinggal hanya lah kenangan itu.

Selamat tinggal wahai kekasih,selamat tinggal duhai sahabat.
Tiada pengganti buat dirimu.
Hanya kenangan kita jadi peneman.

Nurul Asyikin Binti Abdullah..

Wednesday, 23 October 2019

Mimpi

Mimpi...
Ditafsirkan sebagai sebuah khayalan ketika tidur.
Juga ditafsir sebagai cita-cita atau angan-angan untuk kita miliki.
Mimpi juga terjadi dari kenangan lalu yang hadir ketika tidur.
Boleh juga terjadi sebagai peringatan untuk masa hadapan.
Tafsiran mimpi pelbagai cara.
Hanya arif alim sahaja yang mampu menafsirnya.
Mimpi hadir dalam pelbagai bentuk,menyatakan kebenaran atau keinginan didalam lubuk hati seseorang.
Seberapa kerapkah anda bermimpi,seberapa benarkah mimpi itu.
Hanya tuhan yang tahu...

Thursday, 21 August 2014

Kamu aku

Kepada kamu..

Kuberikan salam sebagai pembuka bicara.

Untuk kamu yang tidak jauh dimata tetapi dekat di hati.

Tidak lah ingin aku berdalih.

Aku menyayangi kamu..

Aku juga merindui kamu..

Bukan aku membenci, apatah lagi sakit hati.

Cuma hati yang kusut membuat aku serabut.

Kamu, berikanlah aku sedikit ruang dan waktu..

Untuk aku memantapkan hati dan diri ini.

Untuk berdepan dengan kesilapan ku ini.

Aku ikhlas merindui kamu, aku ikhlas menyintai kamu.

Friday, 31 January 2014

Emptines..

Did u ever felt u'r day is filling with nothing?
Today I felt that nothing..
I feel that my days gone empty..
My minds blurred for today..

Nothing I do today except laying in my bed..
Not sure if I want to do anything else today...

My soul seems wandered to the empty zones..

Saturday, 23 November 2013

Warkah aku buat kamu.

Di malam ini aku siapkan warkah ini buat diri kamu yang jauh di sana.

Tanpa aku sedari telah berapa ketika waktu berlalu di sepanjang perkenalan kita.

Tanpa aku sedari rasa kasih ini semakin menular dalam diri ini untuk diri mu.

Kau di sana aku disini.

Aku akan senantiasa menunggu kamu.

Andai kita tidak bersatu.
Ingat aku dalam doa mu..