K
|
amu..
Boleh aku bertanya…?
Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu
masih bersama ku..
Bukan hasrat ku bermain kata, menulis puisi cinta tapi ianya teras agas
puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih.
Laksana sang pungguk melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu
menyiulkan bunyi panggilan sayu..
Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang
seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku..
Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu
mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam di benaknya..
Merindukah aku?
Merindukah kamu?
Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub
hati.
Bukan puisi cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata
membalikkan sesuatu yang di sebaliknya..
Aku jujur..
Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu betapa hiba hinanya aku..
K
|
amu.. Boleh aku bercerita..?
Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu..
Kadang tikanya ada yang berlalu
melintasiku memakai bauan minyak wangi yang pernah kamu pakai, akan ku toleh
dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air
mata ini mengalir.. ingat kan kamu.. rindu sungguh aku pada kamu..
K
|
amu.. Boleh aku bertanya lagi..?
Kamu bahagia di sana?
Kamu gembira di sana?
Senyumkah kamu di sana?
Tawa kah kamu di alam tanpa aku?
Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah
yang kamu dambakan?
Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?
K
|
amu.. boleh aku bercerita
lagi..?
Aku rindu kamu..
Sentiasa memandang kamu..
Aku tahu hati mu tidak lagi menerima ku..
Dan aku mahu melihat kamu bahagia..
Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, ia bagai kan kamu pada
mata jiwa ku..
Aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana.. dan sesungguhnya
aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira,bercahaya purnama tapi aku
pilih untuk melihat untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira
kamu bidadari hati ku..
K
|
amu.. boleh aku bertanya..?
Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini?
Sengsara kah aku? kamu..
Najib Rahim..Bilik D005 TNB Integrated Learning Centre
ILSAS 28.09.2012/11.43am
No comments:
Post a Comment